SeLaMat DataNg Ke BloG Saya

Monday, 23 April 2012

Quotes

Assalamualaikum..Alhamdullilah kita masih berada dlm keadaan yg sihat dan sejahtera..Hari ni sy ingin kongsikan tentang Quote atau dalam bahasa Melayu perumpamaan.Quote ni dapat dibaca dan dikongsikan bersama2 sbg renungan atau sebagai suka2.Disini sy lampirkan beberapa quotes untuk tatapan bersama.:)




Thursday, 5 April 2012

Tentang saya yang diberi nama Aniza Zainurddin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada puan norazila rakan-rakan sepengajian yang dihormati.Nama saya Aniza Zainurddin.Saya dilahirkan pada tanggal 13 Jan 1986 di Hospital Kuala Kubu Bharu,Selangor.Saya mempunyai empat orang adik beradik perempuan di mana saya adalah yang bongsu.Saya masih bujang tetapi mempunyai empat anak saudara yang comel dan selalu membuat saya tersenyum.Saya mendapat pendidikan awal di Sek Rendah Kerling seterusnya di Sek Men Dato Hj Kamaruddin Kuala Kubu Bharu.Selepas itu saya mendaftarkan diri di tingkatan 6 di Sek Men Bestari Kuala Kubu Bharu tetapi hanya dua minggu sahaja kerana saya telah membuat keputusan untuk meneruskan pengajian di peringkat diploma di International Islamic College,Gombak Kuala Lumpur.Saya mempunyai pelbagai hobi diantaranya mendaki,menonton wayang dan membaca.Puncak tertinggi yang saya pernah daki adalah bukit broga.Cita-cita hendak mendaki gunung kinabalu mungkin selepas saya menamatkan pengajian.
               Setelah tamat pengajian pada peringkat diploma,saya telah membuat keputusan untuk menceburi di dalam bidang pekerjaan.Pengalaman pekerjaan saya yang pertama ialah menjadi juruwang di Bintang Hypermarket Kajang selama 3 bulan selepas itu saya menjadi kerani di sebuah syarikat swasta selama 4 bulan dan seterusnya sebagai Bankers di institusi kewangan iaitu RHB Bank Berhad dari 26hb Disember 2006 hinggalah kini.Banyak pengalaman yang saya peroleh daripada pekerjaan-pekerjaan tersebut.Setelah hampir enam tahun bekerja,saya bertekad untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah.Alhamdulilah sekarang saya berjaya menghabiskan semester pertama.Tujuan meneruskan pengajian adalah untuk menambahkan ilmu di dada selain untuk mengembangkan kerjaya saya pada peringkat yang lebih tinggi lagi.
                Saya percaya setiap orang mempunyai impian dan begitu juga saya.Impian saya adalah saya dapat menghabiskan pengajian saya dengan jayanya.Usaha tangga kejayaan.Bersusah susah dahulu bersenang-senang kemudian.Dimana ada jalan,di situ ada kemahuan.Itulah kata-kata yang menjadi inspirasi kepada saya untuk saya meneruskan perjuangan.:) 


                            di pejabat penghawa dingin terlalu sejuk.tetap tersenyum walaupun kerja banyak.
                                                    nana dan kawan baiknya mimi :)
                                          tika,apit dan aiman :)
                                          Yeaaaahhh,kami berjaya mendaki bukit broga setinggi 400 meter.