SeLaMat DataNg Ke BloG Saya

Sunday, 15 July 2012

Sekalung Penghargaan

Pejam celik pejam celik tau2 je kita da di hujung kuliah.. Jeng jeng jeng peperiksaan bakal menjelma ye rakan-rakan sekalian. Sebelum itu saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada puan norazila bin mat kerana mendidik saya dalam aplikasi komputer ini. Saya juga ingin meminta maaf jika ada kekurangan sepanjang menjalani kursus ini. Banyak ilmu yang saya perolehi daripada kursus aplikasi komputer ini. Saya akan aplikasikan di ofes saya dan mengajar rakan-rakan sepejabat saya.:)
Selain itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kak puteri, nik, k bell n kham kerana kerjasama yang diberikan. Semoga kita semua mendapat keputusan yang cemerlang.Amin.:)
Sebagai penutup marilah kita menonton utube ini kerana kita berjaya menamatkan kursus aplikasi komputer ini :-




Destinasi percutian Idaman

Hai rakan-rakan yang saya sayangi dan hormati sekalian..Hari ni saya nak berkongsi destinasi percutian idaman saya. Saya percaya setiap daripada kamu mesti mempunyai destinasi percutian idaman kan?
Begitu juga dengan saya. Sebenarnya saya dah lama mengidam nak bercuti ke destinasi2 ini pada zaman sekolah lagi..Angan-angan nak menjelajah Eropah.. Gitu? mampu ke cik niza oi? teruskanla angan-angan saya ni ye. Saya teruja dengan ciptaan Ilahi ini. Saya ingin mengembara bersama yang tersayang, meneroka budaya-budaya barat,melihat keindahan flora dan fauna di sana. Alangkah indahnya kawan-kawan faktor geografi di sana. Ermm saya tak nak bercerita panjang. Marilah kita menghayati gambar-gambar dibawah ni yer :-
eiffel tower

spain

sweeden SubhanaAllah cantiknya

london

greece
p/s : kawan2 doakanla yer angan2 saya ni akan jadi kenyataan :)

Hargailah Ibu

Assalamualaikum rakan-rakan seperjuanganku.. Ibu, Mak, mommy, mama, umi, ma, mek, dan pelbagai lagi panggilan. Peranan mereka adalah mengandungkan kita, melahirkan kita dan membesarkan kita. Besar kan pengorbanan seorang ibu yang banyak berkorban tenaga malahan wang ringgit untuk membesarkan kita. Tidak terbalas jasa-jasa dan pengorbanan seorang ibu. Apabila kita sudah meningkat dewasa kita hendaklah membalas jasa ibu kita. Janganlah kita sesekali membelangkangkan ibu kita kerana mereka merupakan darjat yang tertinggi di dalam hidup kita. Hargailah ibu kita sementara dia belum pergi meninggalkan kita untuk selamanya. Apabila dia telah pergi meninggalkan kita, segala-galanya telah terlambat untuk memohon ampun mahupun membalas jasa mereka. Apa yang boleh kita buat adalah mendoakan kesejahteraan dia di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. Tujuan saya mencoretkan di dalam blog ini adalah secebis nasihat kepada rakan-rakan supaya hargailah ibu anda sebelum segalanya telah terlambat. Saya telah kehilangan ibu tercinta kira-kira 9 tahun yang lalu. Pada ketika itu umur saya baru mencecah 17 tahun. Segala nasihat-nasihat dan tunjuk ajar beliau akan saya praktiskan didalam kehidupan seharian saya. Bagi saya tidak pernah sedetik pun di dalam hati saya untuk melupakannya. Beliau adalah ibu terbaik kepada saya. Terima kasih mak!

Kasih ibu membawa ke syurga

Sayangnyee ibu

Islam itu Indah






Muhasabah diri


Kelebihan bermuhasabah :-

  1. Dapat mengenali kekurangan diri, maka dengan itu dapatlah kelemahan itu di perbaiki.
  1. Dapat bertaubat, menyesali dan meninggali setiap kesalahan yang lepas.
  1. Dapat mengenali hak Allah taala ke atas diri kita.
  1. Dapat mengelakkan diri dari mengulangi kesalahan yang lepas dan seterusnya mempertingkatkan amalan soleh.
  1. Dapat mempersiapkan diri sebelum bertemu dengan Allah di hari akhirat kelak.

Seperti yang di katakan oleh Umar al-khattab :
"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini.



Tips Bijak Menghadapi peperiksaan


Ulangkaji Pantas

Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas tetapi member kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan membuat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini penting kerana dengan membaca skema jawapan secara tidak langsung menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci.

Mengajar Orang lain

Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar rakan lain tentang apa yang kita tahu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain. Mengajar orang lain memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. Selain itu, mengajar rakan membuatkan rakan tersebut bertanya soalan yang mana mungkin kita sendiri tidak terfikir sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.

Semak Jadual

Jadual perlu disemak selalu kerana ia sangat penting. Sebelum menghadapi peperiksaaan belajarlah mengikut jadual peperiksaan sebenar kerana ia memberikan asimilasi situasi serta kebiasaan menggunakan minda pada tempoh-tempoh tertentu. Kadangkala mungkin anda tidak terbiasa menjawab matematik pada waktu petang, maka membiasakan diri mengikut jadual peperiksaan perlu untuk meningkatkan keupayaan otak menjawab. Ketika peperiksaan pula, ada baiknya jadual di buat salinan dan sentiasa diperhatikan masa peperiksaan supaya kita tidak ketinggalan atau lewat menduduki peperiksaan.

Bersedia Dengan Keperluan Peperiksaan

Anda tahu apa keperluan peperiksaan yang perlu dibawa? Jika tidak, segeralah bertanya kepada guru anda. Keperluan ini amat penting bagi membantu anda menjawab soalan nanti, perkara seperti alat tulis, geometri, mesin kira-kira perlu diibawa. Selain itu kelengkapan lain seperti kad pengenalan slip peperiksaan juga perlu diambil perhatian.

Jauhi Dari Bercinta

Ada kajian merumuskan sindrom bercinta ini akan muncul apabila semakin menghampiri peperiksaan. Untuk hari ini saya tak nak lah huraikan tentang kajian tersebut, mungkin lain kali kita akan bincangkan. Untuk kali ini penting untuk kita sedari bahawa jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh perasaan untuk bercinta semasa dekat peperiksaan. Hal ini kerana kajian mendapati perasaan ingin disayangi akan terbit apabila diri rasa risau berpanjangan, kesunyian akibat dari peperiksaan yang semakin hampir. Oleh kerana kerisauan berpanjangan tersebut menggalakkan pelajar untuk mencari pengubat diri dengan bercinta.
Hakikat sebenar tindakan tersebut mengusik emosi seseorang sehinggakan emosi tersebut mengosongkan ingatan anda dan membuatkan anda cepat lupa dan berkhayal menjawab soalan ketika menghadapi peperiksaan nanti.

Mohon Maaf

Hampir peperiksaan cubalah menjadi orang yang baik, mohon maaf, buat baik dan restu dari Ibu bapa serta guru anda. Hal ini penting kerana perbuatan anda itu mungkin akan dibalas baik apabila anda sedang menghadapi peperiksaan nanti. Nampak tidak logik, tetapi ia ada kaitan dengan psikologi apabila kita banyak memaafkan orang, berbuat baik dengan orang lain terutama ibu bapa akan membuatkan kita rasa tenang hinggakan memberi ketenangan kepada otak supaya dapat menyusun dengan baik maklumat-maklumat yang disimpan.

Jangan Terlalu Ketawa dan Berseronok

Apabila hampir peperiksaan, hati-hati dengan perasaan seronok anda. Kalau boleh, ketawa dengan kuat serta berseronok melampau boleh menggalakkan pertukaran cecair kimia badan sehinggakan penyusunan maklumat dalam fikiran akan terganggu. Tetapi jika anda senyum dan gembira secara sederhana pula ia memberi kebaikan dengan merembeskan hormon yang memberi ketenangan.

Jaga Pemakanan

Makanan juga penting, anda mungkin tidak rela ulang ke tandas dan sudah tentu ia menggangu kosentrasi anda ketika menghadapi peperiksaan. Makanan yang baik menjelang peperiksaan ialah sayur berwarna putih seperti bunga kobis boleh meningkatkan daya ingatan serta kekacang. Anda boleh rujuk sini untukkhasiat sayuran.

Berdoa

Akhir sekali dan penting ialah berdoa, berdoa penting kerana kita hidup didunia ini semuanya ditentukan oleh pencipta. Segala usaha serta apa yang kita alami semuanya adalah pemberian dariNya.


Tips keselamatan untuk wanita


Percaya pada naluri anda. Jika anda mempunyai keraguan ketika hendak masuk ke dalam kereta seseorang kerana ada janji temu untuk minum-minum di luar, jangan pergi!
Bahkan jangan pula merasa bersalah jika anda tidak muncul pada pertemuan yang telah diaturkan sebelumnya jika anda berubah fikiran.
Pakai pakain yang menghormati adat dan budaya penduduk tempatan. Ia mungkin kelihatan kuno, tapi anda mahu pilih prinsip atau pilih keselamatan?
Pilihlah skirt panjang dari yang pendek, seluar panjang dari yang pendek, atau berlengan panjang dari yang pendek.
Jangan terlalu mendedahkan tubuh badan anda dan yang penting pakailah pakaian yang selesa.
Anda akan dapati betapa untungnya jika memakai cincin perkahwinan, walau pun anda belum berkahwin.
Atau membawa gambar teman lelaki yang mempunyai wajah menakutkan, walau pun anda belum mempunyai teman lelaki.
Berjalan dengan yakin dan elakkan dari pertembungan mata dengan orang asing. Penggunaan kaca mata boleh dijadikan sebagai taktik mencegah perkara itu daripada berlaku.
Bawa buku atau majalah ketika anda mahu ke kedai makan atau restoran untuk mengelak pertembungan mata dengan lelaki asing yang akan memerhatikan anda. Ya, selalunya begitu!
Cuba merancang ketibaan anda di bandar-bandar besar sebelum hari gelap. Rancang perjalanan pada hari siang sahaja.
Bawa senjata seperti penyembur lada (pepper spray) dan elakkan dari membawa barang-barang berharga.
Bawa juga lampu suluh kecil bersama anda kerana ia sangat berguna jika anda menyusuri jalan atau lorong yang agak gelap.
Waspada dengan sekeliling anda. Dengan cara itu anda akan tahu ke mana anda harus tuju jika terdapat sebarang masalah.
Jika anda diikuti, berjalanlah menuju ke mana-mana hotel atau kedai dan minta pertolongan di situ.
Berhati-hati supaya anda tidak mendedahkan kepada sesiapa di mana tempat anda tinggal (hotel, rumah tumpangan, homestay). Kunci bilik anda apabila anda berada di dalamnya.
Ketika berada di hotel, periksa dengan kaunter hotel jika bilik anda didatangi tetamu (pintu diketuk).
Jika terjadi gangguan seksual di dalam pengangkutan awam yang anda naiki, jerit sekuat hati untuk menarik perhatian dan meminta tolong.
Jangan menyekat keghairahan anda untuk bertemu dengan orang-orang baru.
Buat kawan dengan perempuan tempatan atau mana-mana keluarga. Dari situ anda akan dapat mempelajari adat dan budaya mereka yang berbeza.
Selalunya mereka akan memberi nasihat dan panduan tentang tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh pengembara wanita solo seperti anda.