SeLaMat DataNg Ke BloG Saya

Sunday, 15 July 2012

Euro 2012

Piala Euro baru sahaja melabuhkan tirai beberapa minggu yang lalu.. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada pasukan Spain kerana menjuarai perlawanan Euro. Di sini saya nak berkongsikan tentang salah satu hobi saya adalah menonton perlawanan bolasepak. Semenjak di bangku sekolah saya suka menonton Euro dan World Cup football. Kenapa saya tertarik? Saya tertarik kerana saya teruja menyaksikan kesungguhan mereka berjuang berhabis-habisan untuk meletakkan skuad negara mereka di tempat tertinggi. Kerjasama di antara ahli pasukan amat ketara apatahlagi mereka bermain untuk negara tercinta. Teknikal dan strategi setiap pasukan juga menarik perhatian saya. Pasukan pilihan saya adalah German. Saya memilih pasukan ini kerana mereka mempunyai strategi dan teknikal yang tinggi sepanjang berada di padang. Skuad Joechim Law ini juga mempersembahkan semangat juang yang tinggi. Tetapi adat perlawanan, kekalahan turut di rasai apabila pasukan German tewas pada separuh akhir. Harapan saya agar pasukan Harimau Malaya dapat mencontohi pasukan gergasi seperti German ini. Tidak mustahil suatu hari nanti Harimau Malaya mampu mencipta nama di World Cup. IAllah. Di bawah saya kongsikan beberapa keping gambar pasukan kegemaran saya untuk tatapan semua.


Pengurus pasukan Joechim Low yang sangat komited

Skuad German

Salah seorang pemain bolasepak Germany Muslim, Mesut Ozil





No comments:

Post a Comment